KID'S BELT DETECTOR
Alatan yang kami rekabentuk ini masih belum lagi berada dipasaran dunia oleh ini idea untuk mereka bentuk alatan ini muncul apabila terlalu banyak kes lemas yang melibatkan kanak-kanak walhal ibubapa mereka berada di tempat kejadian.
Alat ini direkebentuk atas tujuan bagi mengatasi masalah dimana kanak-kanak yang dibiar bebas sewaktu sesi perkelahan, dimana para ibu bapa banyak mengabaikan isu keselamatan terhadap anak-anak mereka ketika berada dilaut.
kebaikan alat ini:
- ibu bapa boleh melaraskan sensor untuk anak-anak mereka ketika mandi dilaut.
-alat ini juga akan mengeluarkan gelombang bagi menghalang dari anak-anak yang mempunyai kulit sensetif terhadap obor-obor atau rumpai laut.
-alatan ini akan mengeluarkan bunyi jika tahap kedalam kawasan yang boleh didekati oleh kanak-kanak telah melebihi tahap yang telah ditetapkan oleh ibubapa.
-sensor kawalan hanya dipegang oleh ibubapa.
-alatan ini mengunakan bateri yang boleh dichangeable.
Target market kami adalah para ibubapa dan harga yang kami pertaruhkan adalah suatu harga yang mampu milik oleh semua tahap golongan. Alatan ini juga datang dalam pelbagai versi corak dan warna bagi menarik minat kanak-kanak.
Kami merancang untuk mengadakan jualan promosi sewaktu cuti sekolah disekitar pantai-pantai peranginan bagi menarik minat para ibubapa membeli produk kami.
Kami percaya ramai ibubapa mencari-cari produk yang mampu menjamin keselamatan yang lebih tinggi terhadap anak-anak mereka sewaktu mengadakan percutian dipantai. Pihak kami juga merancang untuk memasarkan produk ini ke pasaran antarabangsa kerana peratusan kanak-kanak lemas dipantai bukan setakat di Malaysia sahaja.