No. Matrik: SX130173CSJS04
Tugasan 1: From zero to Hero
Informasi De Herbs
1. PENDIDIKAN
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

De herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana ia hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Dan kini mereka mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2, mereka telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini De Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.
Wawasan Syarikat:
Visi Utama De Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Misi Syarikat:
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada De Herbs

Objektif Syarikat:
1. Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
2. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
3. Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
6. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
7. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
KENAPA D’HERBS MENJADI PILIHAN:1. Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
2. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
3. Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
6. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
7. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
· Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 3 tahun dan kini menjadi antara produk terlaris di pasaran
· Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik
· Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
· Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
· Menyediakan kemudahan sistem online
· Mempunyai kilang sendiri dan menghasilkan produk yang berkualiti
· Produk pencetus fenomena dengan harga rendah kualiti berbaloi
· Peneraju dalam menghasilkan produk Jus Minuman Kesihatan
· Komited kepada pengeluaran poduk BERSIH, SUCI dan HALAL
· Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
· Fleksibel dan mudah bertolak ansur dari aspek perniagaan
D’Herbs telah mengiklankan produk mereka di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan mereka telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana mereka. D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
PERKEMBANGAN TAHUN 2012
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana mereka telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan telah mengembangkan perniagaan mereka dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
Mereka juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.
Tugasan 2: Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (Perniagaan Cacing)