D'navechee Beauty (M) Sdn Bhd
PROFIL
Tarikh
Operasi : 2 Mac 2001
Pengerusi
Eksekutif : Dato' Azlina Bte Haji Che Abdullah
Perunding
Korporat : Dato'
Stapa Haji Omar
Alamat
Syarikat : Wisma
D'Navechee No. 38 & 39, Jln Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur
Jenis
Perniagaan :
1)
Memasarkan
/ mengedar product kecantikan & kesihatan yang berasaskan bahan-bahan
semulajadi.
2)
Memberi
perkhidmatan rawatan kecantikan & kesihatan
3)
Menyediakan
Pusat Latihan Kecantikan & Keusahawanan
Anugerah :
Pemenang Katagori Professional / Servis (Kesihatan & Kecantikan)2007
anjuran Dewan Industri Desa & MECD
anjuran Dewan Industri Desa & MECD
Pencapaian Terkini
: 24 Disember 2010 – D'Navechee telah diluluskan lesen Francaisor
oleh
KPDNKK sebagai produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan,
kosmetik dan makanan tambahan menawarkan perkhidmatan SPA dan
kecantikan.
KPDNKK sebagai produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan,
kosmetik dan makanan tambahan menawarkan perkhidmatan SPA dan
kecantikan.
SEJARAH
D'NAVECHEE BEAUTY (M) SDN BHD
merupakan salah satu daripada puluhan syarikat kumpulan milik penuh YH
Dato' Azlina Haji Che Abdullah 46 tahun dan YH Dato' Stapa Haji Omar 54
tahun. Ia merupakan sabuah syarikat 'trading' yang menjadi pengeluar
produk makanan kesihatan, kosmetik dan kecantikan yang berkembang pesat dan
berpotensi tinggi . Syarikat milik Bumiputera ini diperbadankan di bawah Akta
Syarikat, 1965 pada 2hb Mac 2001 dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.
Syarikat ini telah beroperasi
selama 10 tahun dan mempunyai pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang
pemasaran di samping penghasilan product kesihatan dan kecantikan yang bermutu
serta berkualiti tanpa sebarang kesan sampingan. Akhirnya setelah sedekad
memperkukuhkan rangkaian perniagaan, pada tanggal 24 Disember 2010, D'navechee
telah DILULUSKAN oleh KPDNKK sebagai Pemberi Francais (Franchisor) perniagaan
mengedar produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, kosmetik dan makanan
tambahan untuk kesihatan dan menawarkan perkhidmatan SPA dan kecantikan.
Dengan adanya lesen Francais ini
syarikat D'Navechee akan dapat memperkukuhkan dan melebarkan produk-produk
D'Navechee yang telah pun berada di pasaran luar negara. Misi syarikat adalah
untuk menjenamakan dan memartabtkan rangkaian produk D'Navechee sebagai
barangan Malaysia di peringkat global yang setanding dengan jenama produk mewah
yang lain.
Sejarah penubuhan D'Navechee
bermula apabila pengasas D'Navechee berasa terpanggil untuk menghasilkan dan
memasarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan yang tidak memberi sebarang
kesan sampingan malahan ianya membantu memberikan kehidupan dan kesihatan yang
cemerlang kepada pengguna. Di samping itu juga ia akan dapat membantu
meningkatkan dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.
D'Navechee yakin penghasilan
produk yang dilakukan menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan bahan
kimia mampu memberikan kesan yang baik dan faedah dalam jangka masa yang
panjang tanpa sebarang kesan dan risiko.
RAHSIA
Wanita anggun ini bukan asing dalam dunia perniagaan. Beliau bersama suami antara ikon banyak beri inspirasi kepada usahawan muda dan golongan yang berminat menceburi bidang bisnes.
Sebelum bergelar tokoh usahawan terkenal, Datuk Dr Azlina Che Abdullah, menempuh pelbagai dugaan baik dalam kehidupan mahupun bisnes. Onak dan duri dilalui menjadikan beliau seorang matang dan bijak merebut peluang seterusnya merencana masa depan lebih teratur. Usaha gigih beserta doa membuahkan hasil cukup manis.
Pasangan ini kini boleh berbangga dengan empayar bisnes dibina. Gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Datuk Dr Azlina dan Datuk Dr Stapa meletakkan mereka peneraju syarikat besar seperti D’Navechee (sebuah syarikat kosmetik yang memegang lesen francaisor) dan DCL (syarikat jualan langsung terkemuka).
Kredibiliti dimiliki Datuk Dr Azlina atau mesra dengan sapaan Azlina membuatkan ramai pihak buka mata khususnya kepada usahawan Bumiputera. Kepetahan beliau berbicara,pengetahuan tinggi serta pengalaman luas menjadikan beliau sebagai salah seorang panel usahawan yang cukup disegani.
Atas kelebihan ini jugalah beliau diberi kepercayaan menjadi salah seorang panel Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita 2013. Khusus buat peserta program ini Azlina akui bakal kongsi pengisian istimewa yang tidak hanya bercerita mengenai ruang lingkup bisnes malah beliau turut akan mengupas isu kerohanian yang baginya sangat penting untuk membentuk sahsiah dan akhlak usahawan.
Bagi
yang berfikiran positif, ujian akan diterima sebagai pelajaran untuk menjadikan
diri lebih matang, peka dan ampuh dalam berhadapan dengan cabaran.
Begitulah juga yang dikongsi rasa oleh usahawan wanita terkenal, Datuk Azlina Che Abdullah, yang secara jujur mengakui tanpa ujian dan pengorbanan pasti beliau sekeluarga tidak dapat mengecapi apa yang mereka ada pada hari ini.
Pengasas kedua De Classic Life (DCL) ini, telah mengharungi pelbagai pahit maung dalam usaha memikul tiga tugas serentak iaitu sebagai isteri, ibu dan usahawan.
Kini, bersama suami, Datuk Stapa Omar, mereka berjaya menerajui beberapa syarikat besar seperti D’ Navechee, DCL, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang dan DCL Manufacturing.
Azlina menyingkap erti pengorbanan dari sudut pandangan dirinya dengan berkongsi sejarah jatuh bangun dalam perniagaan.
“Tahun 2004, memang paling mencabar bagi saya. Waktu itu DCL mengalami masalah apabila salah seorang ahli di Kelantan keluar secara tiba-tiba dan menarik ramai pengikut.
“Apa yang menjadi fokus saya ketika itu ialah untuk menyelamatkan syarikat kerana ramai ibu tunggal dan anak yatim yang bernaung di bawah perniagaan ini. Sebab itu saya korbankan segala yang ada untuk perniagaan ini,” jelas Azlina dalam pertemuan santai dengannya baru-baru ini.
Setelah melalui tempoh ‘ujian’ saat DCL dilanda masalah, perkara pertama yang dilakukan beliau ialah reda dengan dugaan tersebut.
“Alhamdulillah, bila kita reda, memaafkan orang lain dan tidak menyimpan perasaan sakit hati, maka Allah berikan kita idea sekali gus kekuatan untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelasnya.
Malah katanya, dugaan tersebut menjadikan dirinya lebih berani dan tabah dalam kehidupan.
Baginya, orang yang cepat penat dan mengalah ialah orang yang dikejar dengan perasaan negatif seperti cemburu dan sakit hati, sebaliknya orang yang bahagia tidak rasa penat apabila usaha mereka diiringi dengan tuntutan agama.
Selain itu, erti pengorbanan sebenar bagi wanita berjiwa kental ini ialah apabila terpaksa mengorbankan sebahagian besar masanya bersama suami dan anak-anak.
“Percayalah, bagi wanita bergelar isteri dan ibu yang pada masa sama ingin bergelar usahawan berjaya perkara itu (berkorban masa) tidak dapat dielak.
“Dulu, setiap hujung minggu saya masih bekerja tatkala orang lain berlibur. Dalam sebulan hanya dua atau tiga kali sahaja saya bertemu dengan suami. Saya akui suami dan anak-anak perlukan belaian, namun itulah yang terpaksa saya korbankan.
“Sebenarnya pengorbanan tersebut bukannya sepanjang masa. Satu hari nanti kita akan merasai nikmat dari pengorbanan yang telah dilakukan.
“Apabila Tuhan memberi dugaan, dan kemudiannya kita reda dan laluinya dengan jujur, maka kita tidak akan merasai tekanan itu.
“Sebagai umat Islam kita harus percaya kepada qada dan qadar. Jika kita sudah melakukan yang terbaik, selebihnya berserah kepada Tuhan untuk menentukan,” tambahnya.
Seperkara lagi yang beliau selalu ingatkan pada dirinya sendiri dan rakan perniagaan wanitanya yang lain, sebagai isteri yang sudah berjaya janganlah sesekali memperlekehkan suami.
“Mengalah tidak semestinya kalah. Isteri yang mengalah sebenarnya mendapat banyak pahala. Hidup ini untuk dinikmati bukannya untuk dideritai. Sebagai wanita, kita kena mencari jalan untuk menikmati hidup ini sewajarnya.
“Nasihat saya pada wanita, kita berniaga untuk persediaan diri. Kalaulah hendak ditakdirkan suami tidak lagi tegar bersama kita, jangan sesekali mencabar keegoan mereka,” jelas Azlina penuh makna.
Bagi beliau, kelembutan adalah senjata utama dalam menawan sesuatu, malah kecantikan seorang wanita bukan terletak pada penampilan tetapi peribadinya yang menyerlahkan.
“Kalau kita rasa marah pada anak-anak atau suami cakaplah dengan baik, begitulah juga dengan pekerja, pelanggan dan sebagainya, semuanya mesti ditangani dengan kelembutan,” katanya.
Sebagai wanita, Azlina mengakui beliau juga mempunyai cara tersendiri dalam menjaga tubuh badan dan kecantikan.
“Saya tidak mengambil ais dalam minuman. Kerana ais menghilangkan keanjalan kulit. Satu rahsia lain ialah rasa bahagia dan berilah yang terbaik untuk suami serta keluarga. Apabila kita sudah bina semua itu nescaya seri kebahagiaan akan terpancar pada wajah dan diri,” kata wanita berjiwa besar ini.
HASIL KEJAYAAN YANG DIKECAPI
Azlina mengakui, kejayaan yang dicapai hari ini juga tidak akan berlaku tanpa sokongan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kakitangan syarikatnya
Justeru, sebagai menghargai sumbangan mereka, beliau dan suami baru-baru memberi ‘bonus’ dengan membawa kakitangannya di bawah syarikat DCL, D'Navechee, DAS Travel, Restoran Nasi Dagang bercuti ke Medan Indonesia.
“Seramai 130 orang yang turut serta dalam percutian ini. Tiada sebab spesifik kenapa Medan dipilih. Setiap inci bumi Tuhan memang indah, terpulang kepada persepsi masing-masing untuk menilainya, jelas beliau.
Sempena percutian yang kebetulan
jatuh pada sambutan Hari Raya Aidiladha, DCL turut melakukan ibadah korban di
Masjid Nurul Iman, di sebuah kawasan pedalaman di Medan. Tiga ekor lembu
dikorbankan di masjid yang dibina hasil sumbangan Tun Dr. Mahathir dengan
Yayasan Al Bukhari.
Pada percutian yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu, DCl turut meraikan hari lahir 17 kakitangan mereka.
Selain itu, rombongan turut dibawa melawat ke tasik terbesar di dunia, Danau Toba, Pulau Samosir, air terjun Sipiso-piso, Berastagi dan kota Medan.
Azlina dan Stapa menyifatkan percutian ini juga adalah peluang untuk mengenali dengan lebih rapat kakitangan dari empat buah syarikat di bawah naungan beliau.
Mengeluarkan produk yang berkualiti & bermutu tinggi,
mewujudkan sistem pemasaran yang unik untuk pasaran tempatan & global dan
menembusi pasaran global dengan lebih agresif.
Pada percutian yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu, DCl turut meraikan hari lahir 17 kakitangan mereka.
Selain itu, rombongan turut dibawa melawat ke tasik terbesar di dunia, Danau Toba, Pulau Samosir, air terjun Sipiso-piso, Berastagi dan kota Medan.
Azlina dan Stapa menyifatkan percutian ini juga adalah peluang untuk mengenali dengan lebih rapat kakitangan dari empat buah syarikat di bawah naungan beliau.
OBJEKTIF
1.
Menjenama
dan memartabatkan rangkaian produk D'Navechee sebagai barangan buatan Malaysia di peringkat global
setanding dengan jenama product mewah yang lain dan membina ekonomi ummah berdikari
2.
Menyediakan
peluang perniagaan yang sistematik kepada semua kaum khususnya untuk wanita dan
lelaki amnya.
3.
Membantu
memberikan kesihatan dan kecantikan kepada pengguna secara semulajadi tanpa
kesan sampingan.
MATLAMAT
·
- Merialisasikan impian setiap insan yang inginkan kecantikan, keanggunan dan kesihatan yang baik secara semulajadi.
- Menjadi 'gergasi' di dalam industri kecantikan yang berasaskan kesihatan.
- Memasarkan produk-produk yang menjamin kesihatan bagi setiap golongan dan seisi keluarga.
- Membina rumahtangga yang bahagia dan cemerlang.
- Membentuk perkembangan minda anak-anak agar menjadi lebih pintar dan cemerlang.
- Menyediakan peluang perniagaan secara "single level” bagi meningkatkan taraf ekonomi sesebuah keluarga.
- Membantu mengurangkan
pengangguran.
- Menyokong dasar kerajaan yang inginkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, bahagia dan Berjaya
Visi
Menjadi
sebuah syarikat pengelua produk kesihatan dan kecantikan yang terunggul di
peringkat nasional dan global.
Misi
CAWANGAN D'navechee
1) Cawangan Selangor (Batu
Caves)
Tel No. : 03-61897328
Fax No. : 03-61865778
|
2) Cawangan Selangor (Shah Alam)
Tel No. : 03-55109585
Fax No. : 03-55103914
|
3) Cawangan Kelantan
Tel No. : 09-7440221
Fax No. : 09-7445221
|
4) Cawangan Pulau Pinang
Tel No. : 04-3980481 / 019-4134773
|
5) Cawangan Sabah
Tel No. : 08-8262799
FaxNo. : 08-8262799
|
6) Cawangan Terengganu
Tel No. : 09-6224860
:
019-9853457
|
7) Cawangan Terengganu (Kemaman)
Tel No. : 019-9223600
|
8) Cawangan Johor
Tel No. : 07-3528718 / 017-7298718
|
9) Cawangan Singapura
Tel No. : 065-63442916 /
02-93391846
|
PRODUK D'navechee
Mix Berry Monalisa
D'N~HAns Gold
SeCRET QHUROS
Jamaeca Secret
Juize
D'NAVEE Collagen
Beauty Drink
SeCRET TASNIM
Faisal
Lasindah Cafe
IQ-PRO
Juice aiEdil
D'Zayer Women
D'Zayer Men
Gold Foundation
Treatment
Fantastic
Foundation
Eye Shadow
Blusher
CompactPowder
Two Way Cake
Lipstick D'Navechee
Aveana - Lipstick
Aveana
Aveana -
Rejuvenating Night Cream
Aveana - Treatment
Lip Balm
|
Secret Powder For
Women
B2UP
Secret Oil For Men
Limmina Plus
Selyna Hot Body
Cream
Beauty Body Suit
Beauty Bra
V-Gel (Intimate Gel
For Women)
Energy Sock For Men
Beauty Sock For
Women
Aveana - Make-Up
Remover Wipes
Aveana - Set Kulit
Normal
Aveana - Set Kulit
Berjeragat
Aveana - Set Kulit
Berjerawat
Aveana - Ultimate
Cleanser
Aveana - Lightening
Cleansing Milk
Aveana - Refining
Toner
Aveana - Revitalizing
Moisturizer
Aveana - Green Tea
Soap
Aveana - Blackhead
Serum
Aveana - Night
Revival Cream
Aveana -
Anti-Blemish Cream
|
Tugasan 2 : Perancangan Perniagaan