Syarikat : Perniagaan Internet
Nilai bersih: Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 ( tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih)
Modal permulaannya hanya RM500.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design (Staffordshire)
4 elemen utama yang perlu diberi perhatian:
- Mesti ada produk atau perkhidmatan yang ingin dijual.
- Mempunyai laman web sendiri.
- Menyediakan kemudahan proses pembayaran (merchant account) kerana pelanggan biasanya akan membuat pembayaran menggunakan kad kredit
- Mempromosikan laman web kita
2.DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLE
Syarikat : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ( Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdb Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd)
Pendidikan :Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway

3. ALI HASSAN MOHD HASSAN
Syarikat : Al-Ikhsan
Pendidikan :Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai
4.RUSILA YUSOF
Fatisha Agro FarmLot 4594 Kampung Pengkalan Pandan Luar,
24000 Chukai, Kemaman,
Terengganu.
Emel: fatisha_agrofarm@yahoo.com
Biodata Pengurus
Nama :Rusila Yusof
Lahir pada 21 Jun 1981
Negeri Kelahiran: Terengganu
Latarbelakang Akademik: Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.
Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.
Lain-lain:
Lain-lain:
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
- Mengikuti Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading
Pengalaman
- Dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai panel di dalam Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
- Penceramah bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, Koleh Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
- Menjadi penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh pihak swasta yang lain.
- Penulis buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication.
5. MUHAMMAD SYAHMI NAIM SUBOH
BIODATA
Nama : Muhammad Syahmi Naim Suboh
Umur : 22 Tahun
Asal : Jerantut, Pahang.
Jawatan : Pengasas Syarikat Puncak Jaya Agroland
Pendidikan : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Anugerah:Tokoh Pelatih Terbaik (Lelaki) pada Majlis Konvokesyen Institut Skill-Tech 2011
Walaupun hanya berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), seorang bekas pelajar Institut Skill-Tech mampu membuktikan usaha dalam bidang ternakan boleh merubah kehidupan jika ia dilaksanakan secara tekun dan berterusan.Beliau kini sudah boleh berbangga dan tersenyum apabila memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan hasil usaha gigihnya menceburi bidang ternakan kambing dan lembu pada April tahun lalu.
Bermula secara kecil-kecilan menternak kambing dan lembu sewaktu masih belajar di Institut Skill- Tech Durian Tunggal dekat sini, ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman RM400,000 bagi membolehkan Muhammad Syahmi Naim mengusahakan industri tersebut.Berkat kegigihannya, dia kini sudah mempunyai 300 ekor kambing dan 34 ekor lembu di samping mengusahakan lembu tenusu dan tahun ini syarikat yang diusahakannya mula menuai hasil apabila sebanyak 250 ekor kambing telah dijual untuk dikorbankan sempena Hari Raya Haji.
Hasil usaha gigihnya, beliau mendapat pengiktirafan dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan sebagai Usahawan Berdaya Maju.Beliau berazam untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputra terbesar mengusahakan industri tersebut dengan berskala besar pada masa depan.
6. Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
ALMM adalah pemilik kepada jenama Ubat Gigi Mu'min yang ditubuhkan pada tahun 2001 dan pada tahun 2006, ALMM dimiliki sepenuhnya oleh 100% Bumiputera Islam.
Visi kami amat jelas iaitu untuk menjadi peneraju utama hub industri produk halal khususnya produk penjagaan diri bukan sahaja di Malaysia malah diserata dunia. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kami sentiasa meletakkan komitmen yang tinggi dalam memberikan produk halal yang berkualiti tinggi kepada para pengguna.
Kami percaya Malaysia adalah sumber serta landasan yang kukuh untuk menjadi industri halal global yang gemilang.
Kami juga amat yakin kejayaan adalah melalui hasil kerjasama erat dan bukannya persaingan yang tidak sihat.
Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star, Kedah Darul Aman.
Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan di dalam Pentadbiran Peniagaan.
Sebelum memulakan perniagaan, beliau telah bertugas di Celcom (M) Berhad dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Sumber Manusia Wilayah Utara.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang peniagaan dan telah menerajui beberapa syarikat seperti berikut :
1. Binary Perfection Sdn Bhd,
Pengarah Urusan
Sebuah syarikat yang megendalikan kedai konsep untuk Celcom (M) Berhad dan pegedar alatan telekomunikasi.
- Exa Ventures Sdn Bhd
Pengarah Urusan
Syarikat di bawah bimbingan Malaysia Development Corporation (MDEC), mengkhusus di dalam bidang teknologi. - Agro Ocean Sdn Bhd
Ketua Pegawai Eksekutif
Sebuah syarikat usahasama dengan kerajaan Negeri Kedah Darulaman, pengkhususan di dalam penternakan ikan marin untuk pasaran eksport
Berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan beliau telah di
berikan kepercayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di dalam program keusahawanan dan
pembangunan usahawan-usahawan baru.
Suhubungan dengan itu beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan berdasarkan pencapaian beliau di dalam sector perniagaan :

- Penerima Anugerah
Usahawan Muda, Sektor Perkhidmatan Peringkat Kebangsaan ”Majlis Anugerah
Usahawan MARA 2010”
- Penerima Anugerah
Usahawan Muda, Sektor Perkhidmatan Peringakat Negeri Pulau Pinang .
”Majlis Anugerah Usahawan MARA 2009”.
Pada tahun 2012, beliau
telah mengorak selangkah lagi kehadapan di dalam bidang perniagaan dengan
pengambilalihan saham Syarikat Al- Meswak Mu’min Sdn. Bhd, iaitu
pegeluar ubat gigi halal Mu’min bersama sama isteri beliau Dr Wan Bt. Wan
Mat yang juga merupakan seorang Doktor Pergigian.
7. Nadira binti Mohd Yusof
DUA puluh lapan
tahun lalu, gadis yang menyarung pakaian seragam berwarna putih berkain biru
gelap itu sentiasa dikerumuni teman sekelas, terutama ketika ketiadaan guru di
bilik darjah.
Bukan kerana teman sedarjah ingin bercerita mengenai rancangan kartun yang ditonton di televisyen pada malam sebelumnya, tetapi menantikan sesi membeli gula-gula dan makanan ringan di ‘gerai kecil’ milik si cilik bernama Nadira Mohd Yusoff.
Kini meneruskan legasi Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd (Nadi-Ayu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Nadira mengakui seawal usia tujuh tahun, dia mencintai dunia perniagaan.
“Di kedai, kawan menerima lima biji gula-gula untuk 10 sen tetapi jika dibeli secara banyak (atau pukal) diskaun boleh dinikmati dalam bentuk pertambahan jumlah gula-gula.
“Di situ, saya memahami jika membeli secara borong atau pukal, lebih banyak kebaikan dan manfaat diterima oleh pembeli. Sejak itu, saya memulakan perniagaan runcit di kelas.
“Dan tak sangka, hal sama terjadi ke atas anak sulung yang kini aktif menjual biskut buatan saya di sekolah,” katanya ketika ditemui di Damansara Perdana.
Menanam cita-cita bergelar polis akibat pengaruh drama bersiri Hong Kong satu ketika dulu, wanita muda yang murah dengan senyuman ini berkata, selain aktif ‘menjaja’, dia turut berkecimpung dalam sukan, terutama golf.
Pernah mewakili daerah Petaling dan negara, termasuk di kejohanan China Ladies Open, anak sulung daripada dua beradik perempuan ini berjaya meraih kedudukan juara pada 1994.
Katanya, bidang sukan membuatkan dirinya lebih bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam mengharungi cabaran mahupun pertandingan. Biarpun tidak berjaya mendapat kedudukan lima teratas, yang pasti kekecewaan ditebus dengan usaha berkualiti.
Biarpun zaman persekolahan sudah lama berlalu, minat Nadira terhadap sukan golf masih utuh dan kini, dia kerap menghabiskan masa bersama pelanggan di padang golf berbanding pusat hiburan.
Katanya, padang golf adalah pusat ‘pemantauan’ yang sesuai untuk mengenali
bakal pelanggan.
Sikap ditonjol ketika bermain di padang mencerminkan sifat mereka mengendalikan perniagaan.
Tidak mengenal erti ‘duduk diam’, pada saat teman sekuliah Fakulti Kejuruteraan Elektronik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan rakan sebilik asyik menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan berlibur atau mengulang kaji pelajaran, Nadira sibuk mengajar tuisyen pada waktu malam.
Tidak cukup dengan itu, wanita berdikari ini sanggup merentas sempadan memasuki negara jiran, Singapura untuk menjana pendapatan lebih tinggi dengan bekerja sambilan di gedung beli-belah.
Katanya, dia enggan menghabiskan masa tanpa melakukan sesuatu, sebaliknya ia digunakan untuk mencari pengalaman serta kewangan. Yang pasti, Kota Singa menjadi pilihan apabila membayangkan pulangan lumayan.
Berakhir saja pengajian di UTM, Nadira mengambil langkah berani untuk meneruskan pencarian rezekinya di Singapura sebelum ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat elektronik hampir dua tahun.
Mengerah kudrat di negara yang mengamalkan budaya asing bukan sesuatu perkara mudah, apatah lagi, dia satu-satunya pekerja wanita yang juga dari Malaysia dalam kelompok tugasannya.
“Dikelilingi kelompok lelaki asing memberi kelebihan kepada mereka untuk ‘membuli’ saya. Erti kata, buli itu bukan bermaksud sentuhan fizikal, sebaliknya saya diminta bekerja melebihi waktu bertugas, malah kadangkala tidak berkesempatan pulang ke rumah 24 jam.
“Namun pengalaman di sana membuatkan saya bertambah kuat, berdisiplin dan enggan mengaku kalah dalam menghadapi cabaran. Pengalaman itu juga saya gunakan apabila mengambil alih Nadi-Ayu atas permintaan ayah,” katanya.
Mula mentadbir syarikat pada 2002, wanita ini mengambil tindakan drastik memperkenalkan komputer riba jenama sendiri, Natsys. Bermula dengan enam kakitangan membabitkan ahli keluarga, komponen Natsys dipasang sendiri dan dijual secara kecil-kecilan.
Dalam tempoh setahun, jenama Natsys mula dikenali ramai, pengeluaran pula mencecah 500 buah sebulan dengan pusat servis di seluruh Malaysia diuruskan bersama 30 kakitangan.
Menjelang 2007, Nadi-Ayu mula membekalkan komputer kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Mohe) dan dianggap kejayaan besar bagi Nadira. Menyediakan komputer berasaskan Bumiputera, Natsys turut dibekalkan dengan aplikasi yang membantu pengguna ke tahap maksimum.
Pertemuan dengan seorang pelanggan membuka dimensi baru bagi Nadira apabila mencadangkan Nadi-Ayu menghasilkan aplikasi pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar, terutama di tahap awal.
Pucuk di cita, ulam mendatang, Nadi-Ayu kemudian ditawarkan geran kewangan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Nadira memulakan misi membangunkan satu aplikasi pendidikan Bahasa Inggeris secara on-line berfungsi meningkatkan skil membaca dan pengetahuan umum bagi kanak-kanak, Morrieland sebelum dilancarkan pada 26 Oktober 2011.
Menakjubkan apabila aplikasi yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerima sambutan menggalakkan, terutama di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Terbaru, Nadi-Ayu menerima Anugerah Jenama Komputer Terbaik Malaysia, Pilihan Editor HWM 2011 dan Anugerah NEF-Awani, Syarikat Paling Berinovasi 2011.
NADI-AYU Technologies Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang mengeluarkan komputer berjenama Natsys meluaskan lagi perkhidmatannya dalam segmen perisian bagi menjadi penyedia penyelesaian yang memfokus kepada pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nadira Mohd Yusoff berkata, pihaknya melancarkan Morrieland iaitu program pembelajaran Bahasa Inggeris melalui animasi dan permainan khusus untuk pelajar prasekolah.
Katanya, sebagai syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, pihaknya yakin menembusi pasaran antarabangsa apabila mempunyai ahli dari dalam dan luar negara.
“Kami memperkenalkan Morrieland pada Oktober 2011 dan sehingga kini, lebih 1,500 pelanggan mendaftar, malah kami sedang membina lebih banyak kandungan bagi aplikasi terbabit ssekali gus menjadikan Morrieland sebagai jaringan untuk kanak-kanak belajar.
“Selain itu, pada Mac ini, syarikat akan memperkenalkan komputer tablet Natsys yang mengetengahkan lebih banyak pendidikan serta kandungan Islamik dan kami mensasarkan menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun lagi, pihaknya mensasarkan membantu dua juta pengguna Natsys menerusi pelancaran Skim Pemilikan Komputer Natsys dengan pembayaran secara ansuran pakej lengkap pengkomputeran Natsys daripada RM1,000.
Nadira berkata, pihaknya juga komited bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan teknologi dengan menyediakan program pembangunan usahawan secara percuma.
“Malah, kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menghantar karya untuk dikeluarkan di dalam Morrieland serta aplikasi Apaka kami. Untuk maklumat, boleh melayari laman web www.nadiayu.com.my,” katanya.

8. SOFYAN RIZAL ISHAK
Amat jarang
sekali anak muda menceburi bidang penternakan atas alasan ia tidak popular,
membosankan dan tidak mendatangkan keuntungan dalam masa singkat.
Jika ada pun anak muda yang menceburi bidang tersebut, jumlahnya boleh dikatakan agak sedikit berbanding golongan dewasa kerana ia memerlukan penumpuan serius dan komitmen tinggi.
Bagaimanapun, ketika ini sudah ramai golongan muda mula berkecimpung dalam bidang tersebut kerana ia berpotensi menjana pendapatan lumayan, di samping tidak mempunyai tekanan berbanding kerja di pejabat.
Penternakan arnab merupakan salah satu bidang yang boleh diceburi golongan muda kerana ia bukan sahaja mempunyai pelbagai potensi, malah mampu membentuk personaliti individu menjadi lebih cekap dan berdikari.
Arnab atau nama saintifiknya Oryctolagus cuniculus merupakan haiwan mamalia kecil yang banyak terdapat di kawasan benua Eropah, Amerika dan Australia. Lazimnya, haiwan ini dipelihara sebagai haiwan kesayangan kerana ia mempunyai saiz kecil dan comel.
Selain dipelihara, arnab juga sesuai diternak untuk dijadikan makanan kerana dagingnya lebih lembut, halus dan kurang lemak. Ia semakin mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai kerana mempunyai pelbagai khasiat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Menyedari situasi itu, Wan Muhamad Bakri Saifudin, 23, mula menceburi bidang penternakan arnab setelah beliau sendiri yakin dengan kelebihan dan potensi yang ada pada haiwan tersebut.
Menurutnya, arnab merupakan haiwan yang mudah diternak, cepat membiak dan membesar serta boleh menghasilkan anak yang banyak pada setiap kali kelahiran.
“Arnab mempunyai potensi luas untuk diusahakan kerana terdapat beberapa bahagian lain daripadanya boleh digunakan bagi menjana pendapatan seperti najis, tulang dan kulit,” katanya pada InfoAgro.
Pemilik D’Banting Resoursces ini berkata, penglibatan beliau dalam penternakan arnab bermula dengan memelihara dua ekor arnab di mana ketika itu ia hanya dijadikan hobi sampingan.
“Setahun kemudian, saya mula bergerak secara kecil-kecilan selepas dua ekor arnab yang dimiliki sebelum ini menghasilkan anak. Pada ketika itu, saya hanya menternak 10 ekor arnab daripada dua jenis baka di kawasan rumah.
“Saya anggap peristiwa itu merupakan permulaan serius dalam mempelajari selok-belok dalam dunia penternakan ini. Tahun berikutnya, saya sudah nampak potensi bidang ini dan mula bergerak serius dengan menyewa tapak dan membina reban lebih teratur,” katanya.
Bagaimana pun, ia tidak semudah yang disangka kerana usaha beliau itu tidak dipersetujui ayahnya yang banyak menyaksikan kegagalan beberapa penternak arnab termasuk rakannya sendiri pada suatu ketika dahulu.
Bukan ternakan sukar
Lepasan sijil Autocat Mekanikal ini berkata, sikap ayahnya itu tidak menghalang usaha untuk terus menceburi penternakan arnab kerana beliau sendiri yakin mampu mengatasi masalah kegagalan tersebut.
“Untuk menangani perkara ini, saya sering melakukan kajian melalui melalui internet, bacaan dan perbincangan bersama rakan usahawan lain bagi mengenal pasti punca masalah, langkah mengatasi, potensi dan kelebihan,” katanya.
Wan Muhamad Bakri berkata, penternakan arnab bukan sesuatu bidang yang sukar diceburi kerana ia boleh dilakukan sekiranya individu mengetahui segala perkara berkaitan ternakan comel ini.
“Apa yang penting, mereka perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran, menetapkan hala tuju perniagaan dan memberi komitmen penuh bagi memastikan penternakan yang dijalankan mampu mencatatkan kejayaan,” katanya.
D’Banting Resources menjalankan penternakan di sebuah ladang berkeluasan kira-kira 0.20 hektar yang terletak di Kanchong Darat, Banting. Sehingga kini, syarikat Bumiputera itu menternak kira-kira 200 ekor arnab daripada baka arnab pedaging dan arnab peliharaan.
Antara baka arnab yang diternak adalah New Zealand White, Chincilla, Flemish Giant (arnab pedaging) dan English Angora, Netherland Dwarf (ND), Holland Lop (arnab peliharaan).
Beliau berkata, syarikatnya lebih memberi tumpuan kepada pasaran arnab pedaging kerana ia mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai.
“Ia terbukti apabila saya pernah mendapat permintaan untuk membekalkan daging arnab kepada beberapa pelanggan dalam jumlah besar iaitu daripada 10 kilo seminggu hingga satu tan sebulan.
“Bagaimana pun, saya tidak mampu untuk memenuhi permintaan tersebut memandangkan bilangan dan jumlah arnab yang dimiliki masih belum mencukupi,” katanya.
Tingkat kualiti arnab
Buat masa ini, D’Banting Resources hanya mampu memenuhi permintaan sekitar 40 kilogram sebulan. Antara pelanggan tetapnya adalah Satay House, Kota Damansara di mana bekalan yang dihantar adalah 30 kilogram daging dalam tempoh dua minggu.
Anak kelahiran Banting ini berkata, syarikatnya turut menawarkan jualan arnab peliharaan namun ia bukan segmen perniagaan utama meskipun arnab peliharaan mempunyai harga lebih menguntungkan berbanding arnab pedaging.
Selain dua segmen tersebut, beliau turut menyediakan rawatan untuk arnab pedaging mahu pun arnab peliharaan dan perkhidmatan hotel arnab pada musim perayaan atau sekiranya mendapat permintaan daripada pelanggan.
Untuk masa depan, beliau merancang untuk melaksanakan peningkatan kualiti daripada segala aspek seperti menghasilkan arnab pedaging lebih berkualiti melalui kaedah pembenihan bersilang dan berpindah ke kawasan lebih luas.
“Buat masa ini, saya hanya beroperasi di kawasan ladang agak kecil di mana ia membatasi pelaksanaan pelbagai perancangan saya. Ia juga turut menghalang saya untuk memenuhi jumlah permintaan yang lebih besar di pasaran,” katanya.
Wan Muhamad Bakri berkata, orang ramai mula mengenali dan mengakui kelazatan daging arnab serta boleh menjadi alternatif kepada ayam sebagai makanan eksklusif Malaysia.
Menurutnya, harga daging arnab tidak begitu mahal jika ditimbang daripada aspek khasiatnya dan beliau yakin ia berbaloi dengan kualiti yang diberikan.
“Saya berharap perusahaan ini mampu membantu umat Islam dalam mendapatkan pilihan daging arnab yang diyakini halal sekali gus turut merealisasikan hasrat saya untuk menjadi pengeluar daging arnab halal bumiputera dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Pendidikan: Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, PJ)
Pernigaan : kasut tumit tinggi. Blognya neelofaheels.blogspot.com
10. ROBERT KUOK
Syarikat : Shangri-La Hotels, Perlis Plantation
Nilai bersih : USG 12.5 Billion
Pendidikan : Sarjana Muda Seni / Sains dari Kolej Raffles